Pilihan Raya Umum Ke-14 pada April 2017?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) akan berlangsung pada bila-bila masa.

Dalam ucapannya sewaktu merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2016 semalam, Najib berkata Barisan Nasional (BN) akan turun ke gelanggang PRU14 dengan strategi terbaik,yang melangkaui persiapan fizikal.

“Saya tahu ramai yang terasa akan bahang perhimpunan kali ini adalah untuk menerima amanat sebagai persiapan bertempur di medan juang PRU14 tidak lama lagi.

15241359_1325501217480371_6294472395575479606_n

“Mengambil ‘ibrar’ daripada peperangan Uhud , Badar dan Khandak, kalah menang dan kekuatan sesuatu ketumbukan serta pasukan perang bukan semata-mata atas jumlah bala tentera atau senjata dimiliki.

“Sebaliknya ia merujuk kepada persiapan fizikal iaitu kita mengatur barisan yang kukuh, menyatukan hati kita dalam ikatan yang padu serta berbekalkan strategi peperangan minda dan mental yang ampuh,” jelasnya.

Saranan itu bagai isyarat perjuangan yang jelas apabila buat pertama kalinya, perwakilan UMNO menukar seragam tradisi dengan memakai baju Melayu biru – bagi melambangkan satu hati, perpaduan serta kesetiaan terhadap BN bagi menghadapi episod pilihan raya paling getir dalam sejarah.

Bayangan itu juga semakin jelas apabila Najib turut menyentuh tentang angin kemenangan yang bertiup kepada BN di sebalik ribut dahsyat politik negara ketika ini.

Ia terbukti dengan kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu selain kemenangan dalam dua pilihan raya kecil selepasnya, iaitu di Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.

“Sekarang mula marak obor perjuangan yang kami yakin dan percaya akan membawa kemenangan besar kepada BN dalam PRU14.

Berdasarkan sumber dalaman BN, PRU14 mungkin diumumkan pada tempoh suku pertama tahun hadapan atau selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan pertama 2017.

Mandat kerajaan yang sedia ada akan tamat pada Jun 2018. – Sarawakvoice

Leave a Reply