Penembak dan rakan ditahan berhubung kes tembakan rambang di Pulau Pinang – Ketua Polis Negara

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menahan reman dua lelaki berusia 32 dan 35 tahun, dipercayai suspek kepada kejadian tembakan rambang yang membunuh tiga individu di susur keluar Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua suspek ditahan tidak lama selepas kejadian menggemparkan itu.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek utama yang berusia 35 tahun yang melakukan tembakan rambang itu dipercayai menghidap sakit mental.

“Dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan pernah menyertai askar wataniah sebelum berkhidmat sebagai pengawal keselamatan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani dan Pertukaran Memorandum Perjanjian di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

4b996e96-0c98-4e98-aff6-582054fc156c

Dalam kejadian jam 7.30 malam semalam, tiga orang awam termasuk seorang pengusaha pusat hiburan bergelar Datuk maut selepas ditembak seorang pengawal peribadinya.

Turut cedera empat orang awam, termasuk seorang jurukamera sambilan RTM yang kebetulan berada di lokasi tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke majlis perasmian Pesta Pulau Pinang.

Kesemua mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). – Sarawakvoice

Leave a Reply