MANILA:  Presiden  Rodrigo Duterte sedar bahawa nyawanya dan pengawalnya berada di hujung tanduk.

Operasi dilancarkan tentera terhadap pengganas di selatan negara itu, dan juga kempen membanteras pengedaran dan salah guna dadah meletakkan nyawa beliau dalam bahaya.

Sehingga kini, 4,000 orang pengedar dan penagih dadah telah mati di tangan pihak berkuasa.

Saat itu tiba Selasa  lalu ketika konvoi  Presiden dalam perjalanan menuju ke Marawi City, ibu kota Lanao Del Sur, dalam persiapan untuk kunjungan Duterte ke situ.

Sebanyak tujuh pengawal Presiden dan dua anggota tentera cedera dalam serangan yang dipercayai dilancarkan  pengganas ketika lawatannya ke selatan negara ini.

Jurucakap Angkatan Bersenjata Filipina, Brig Jeneral Restituto Padilla, menjelaskan, bom disasarkan ke arah konvoi tentera di Kota Marawi.

Media di sini melaporkan, tidak ada orang awam yang terkorban atau terluka dalam serangan itu.

Kunjungan presiden Duterte terjadi beberapa hari setelah tentera melancarkan operasi melawan puluhan anggota bersenjata kelompok Maute di kota Butig, Pulau Mindanao.

“Pengawal saya disergap beberapa waktu lalu. Pasukan Pengamanan Presiden dihajar oleh IED (alat peledak improvisasi), ” kata Duterte dalam pidato ketika kunjungan ke sebuah kem tentera  Filipina utara.

Serangan itu terjadi pada Selasa pagi, 29 November 2016

Kunjungan yang dijadualkan berlangsung pada Rabu terpaksa ditunda ekoran serangan itu.

Sebelumnya  tentera Filipina melancarkan serangan terhadap anggota Maute di sebuah desa yang dihuni majoriti Islam, 800 km dari Manila.

Menurut pihak tentera, sekitar 35 pengganas tewas dalam operasi itu. – Sarawakvoice

Leave a Reply