Ikuti program 2U2I, janji hasilkan graduan boleh-masuk pasaran kerja

GEORGE TOWN: Lima universiti menawarkan program 2U2I (Dua Universiti + Dua Industri) ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Islam Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program 2U2I bertujuan meningkatkan keupayaan bekerja dalam kalangan graduan baharu.

datuk-mary-yap-kain-ching-0000Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata pada sidang media selepas merasmikan seminar perkongsian ilmu ketiga di George Town pada Khamis bahawa, “Program ini sebahagian daripada pelan tindakan pendidikan tinggi dan dilaksanakan September lalu.”

Menurut Mary Yap penting universiti bekerjasama dengan industri bagi menghasilkan graduan yang berkebolehan memasuki pasaran kerja.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr. Asma Ismail berkata universiti APEX sedia memulakan program 2U2I tahun hadapan.

Beberapa program yang dirancang untuk dipilih bagi program 2U2I ialah kejuruteraan dan perakaunan.

Seramai 150 peserta terdiri daripada akademikus dan siswazah terlatih membentang lebih 100 kertas kerja pada seminar dua hari itu. – Sarawakvoice

Leave a Reply