Ezam umpama langau yang harungi bangkai

KUALA LUMPUR: Presiden Hisbah Centre For Reform, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor disifatkan sebagai ‘langau’ yang gemar menghurung bangkai dan kehadiran serangga pengotor ini juga akan menyebabkan rasa rimas dan terganggu terutama apabila menikmati juadah.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin  dalam satu kenyataan menempelak bekas pemimpin PKR itu yang Ezam keluar daripada Umno pada tahun 1998 untuk menyertai PKR dan keluar daripada parti itu pada tahun 2007 untuk menyertai Umno semula.

Kemudian  beliau dilantik sebagai Senator sebelum bekerja di sebuah kementerian.

Kini beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Ezam hanya tahu membuat bising tanpa diundang dan tidaklah sehebat mana pun.

“Itulah Mohamad Ezam, di mana ada dedak di situlah dia akan hinggap dan duduk dengan diam tanpa pedulikan manusia di sekelilingnya…apabila dedak habis dimakan, beliau akan kembali menunjukkan belangnya,” katanya.

Nazir turut mempertikaikan usaha yang dilakukan Mohamad Ezam ketika dalam Umno dan diberi jawatan tinggi.

“Selepas keluar daripada Umno, barulah sibuk hendak membanteras rasuah dan sebagainya. Ketika dalam Umno, beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 2010 dan kemudian dilantik pula sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan pada 2014.

“Di mana suara beliau ketika itu dalam membanteras rasuah? Kini beliau bertindak pula sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform, dan tindakan pertamanya adalah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) agar membuka semula siasatan berhubung bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC),” katanya.

Menurut Nazir, Mohamad Ezam tidak wajar berkata demikian kerana beliau telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, SPRM. – Sarawakvoice

Leave a Reply