BEIJING: Pelbagai sebab pasangan suami bercerai.

Satu daripadanya ialah bau badan.

Namun seorang suami di sini telah menceraikan isterinya gara-gara tidak tahan menghidu bau busuk kakinya.

Sikapnya yang pengotor memburukkan lagi keadaan.

Dalam satu wawancara dengan stesen TV lelaki yang bernama Su itu menunjukkan keadaan runahnya yang kotor dan bersepah.

Su berkata, dia sering menasihati isterinya supaya mengemaskan rumah tetapi tidak diendahkan.

Su turut menunjukkan stokin isterinya terselit di bawah bantal.

Su yang kahwin dengan isterinya itu tujuh tahun lalu berkata, perangai isterinya tidak pernah berubah.

“Setiap kali pulang ke rumah bau kakinya memenuhi setiap ruang,” katanya sambil menambah, isterinya marah apabila diminta membasuh kaki.

“Bau kaki isteri saya sangat busuk. Sekiranya dia buka kasut di dalam bas, semua penumpang mungkin pengsan,” katanya. – Sarawakvoice

Leave a Reply