Bunyi misteri di angkasa, seperti tukul kayu mengetuk baldi besi

CALIFORNIA: Seorang angkasawan dilaporkan terdengar bunyi misteri dari luar pesawat angkasanya.

Angkasawan Yang Liwei dalam wawancara menjelaskan, beliau terdengar bunyi seakan-akan tukul kayu mengetuk baldi besi sepanjang penerbangan di luar angkasa pada 2003.

Menurut berita Xinhua, Liwei merasa bingung mendengar bunyi yang dikatakan muncul secara tiba-tiba itu.

screen-shot-2016-12-02-at-07-19-01

“Bunyi itu tidak datang dari luar atau dari dalam pesawat angkasa, tapi terdengar seperti seseorang mengetuk badan pesawat sama seperti mengetuk tukul kayu pada baldi besi,” katanya menurut Express pada Khamis

Liwei yang sekarang berpangkat major jenderal mengatakan beliau keluar menyelidiki kapal angkasa, tetapi tidak menemukan apa-apapun.

Rakan Liwei yang lain yang menyertai misi tersebut turut terdengar suara misteri itu.

“Sebelum memasuki luar angkasa, saya memberitahu rakan bahawa suara itu merupakan fenomena biasa dan tak perlu risau,” katanya.

Banyak persoalan timbul daripada bunyi misteri itu, sehingga sekembali Lewei di Bumi, beliau membincangkan bunyi tersebut dengan juruteknik.

Bagaimanapun, sehingga kini , tiada yang dapat memberi jawapan dan penjelasan bagi bunyi tersebut.

Ia hanya tinggal misteri. – Sarawakvoice

Leave a Reply