S’wak komited tuntut 20 peratus royalti, walaupun harga minyak rendah

KUCHING: Walaupun harga minyak rendah dan tidak menentu dalam pasaran global, Kerajaan Negeri Sarawak memberi jaminan terus merundingkan kenaikan royalti minyak daripada 5 kepada 20 peratus dengan Kerajaan Persekutuan dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata, Sarawak turut berunding dengan Petronas bagi meningkatkan ekuitinya dalam loji MNLG 2.

Sarawak aktif membincangkan untuk memperoleh 10 peratus ekuiti dalam Loji Train 9 Gas Asli Cecair Malaysia (MLNG).

Bercakap menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri pada Rabu, Adenan berkata satu lagi pencapaian penting melibatkan pemeteraian memorandum persefahaman dengan Petronas ialah menjalankan kajian bersama bagi Pelan Induk Petrokimia Sarawak pada 3 April 2016.

“Kami percaya pelan induk ini membantu kami membangunkan industri petrokimia dengan cara yang strategik (untuk) kepentingan negeri,” katanya.

Adenan turut mengumumkan Petronas komited menjalankan tanggungjawab sosial dengan membelanjakan RM50 juta untuk 10 projek sepanjang 2015-2019. – Sarawakvoice

Leave a Reply