Puteri Umno palu gendang perang

KUALA LUMPUR:  Sama seperti sayap Wanita dan Pemuda, Puteri Umno semalam mengakhiri perhimpunan dengan ‘memalu gendang perang’ sebagai persiapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Puteri mencadangkan formula yang mungkin boleh dipertimbangkan pimpinan tertinggi sebagai strategi kali ini dengan meletakkan 30 peratus calon muda pada  pilihan raya umum ke-14 (PRU14) itu.

datuk-mas-ermieyati-samsudin

Seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengusulkan sasaran 30 peratus  sebagai satu erti peremajaan parti menuju PRU14.

PRU-14 dijangka diadakan seawal-awalnya pada September tahun depan.

“Satu kajian menunjukkan faktor calon menyumbang 60 peratus kepada kemenangan dalam PRU. Selari dengan kajian tersebut, calon muda yang akan membawa nama parti juga mestilah berasaskan calon yang disukai ramai dan berkredibiliti,” kata Mas Ermieyati dalam ucapannya.

Bagi beliau, calon muda perlu ditampilkan di kawasan terdapat banyak pengundi muda.

Dalam ucapan yang meliputi pelbagai isu, beliau mengingatkan ahli Puteri bahawa mereka tidak lagi boleh goyang kaki, sebaliknya perlu bekerja kuat dan segera menggerakkan jentera pilihan raya.

Dalam ucapannya, Mas Ermieyati menolak campur tangan asing dalam menentukan hala tuju negara, dengan mengbidas mereka yang bersekongkol dengan George Soros.

Mereka yang menjalin kerjasama dengan Soros, kata beliau, ialah pengkhianat, dan perlu ditentang.

Pada hari ini, katanya, negara boleh dihancurkan atas nama demokrasi. – Sarawakvoice

Leave a Reply