Pelajar UNIMAS “ghaib” bersama teman lelaki sejak Sabtu lalu

KOTA SAMARAHAN: Polis Samarahan pada Rabu menerima laporan kehilangan seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang gagal kembali ke kolejnya sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintendan Lee Chong Chern memberitahu, laporan dibuat oleh bapa mangsa, Rukyno Buang, setelah mendapat maklumat kehilangan anaknya.

763aa752-e36a-464f-89c6-5d113504b861

“Kali terakhir ditemui, pelajar wanita dari Kolej Dahlia tersebut, Umi Nazira Rukynon, 20 tahun dipercayai keluar bersama-sama teman lelakinya, Nurhafizuddin Affandi, 24 tahun.

Pelajar tahun kedua jurusan Kimia Sumber itu dikatakan mula berkenalan dengan Nurhafizuddin sejak sama-sama bekerja di KFC Samariang, Kuching.

Bagaimanapun hubungan kedua-duanya l tidak direstui kedua-dua ibu bapa Umi Nazira.

“Usaha menghubungi Umi Nazira dan Nurhafizuddin sehingga kini masih gagal,” kata Chong Chern.

Polis katanya, masih menjalankan siasatan dari pelbagai aspek berhubung misteri kehilangan ini. – Sarawakvoice

9a7db5b4-e085-48c9-9805-db0ec2936172

Leave a Reply