Jurukamera RTM ditembak di Pulau Pinang ketika berhenti melihat kemalangan

GEORGE TOWN: Seorang jurukamera sambilan RTM, Muhamad Amirul Amin Amir, 27 tahun, ketika berada di susur masuk Jambatan Pulau Pinang di Jalan Tun Dr Lim Chong Eu lewat petang tadi.

Menurut rakan Amirul, wartawan Sinar Harian, Mohamad Iskandar Osman, mangsa ditembak di bahu kirinya sekitar jam 7.30 malam oleh lelaki yang tidak dikenali selepas kedua-duanya menghentikan motosikal berhampiran Pusat Komersial E-Gate kerana mahu melihat satu kemalangan.

Mangsa cuba merakam gambar suspek yang mengacu pistol kepada salah seorang daripada tiga lelaki, dipercayai pengusaha pusat hiburan

tembak-kiri-rtm-0002

Ketika kejadian, mereka sedang dalam perjalanan ke Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.

Memetik Bernama, Amirul telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan keadaannya tidak diketahui.

Sementara itu, The Star Online yang memetik Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan tiga individu, termasuk seorang yang dipercayai berpangkat Datuk, ditembak mati di laluan tersebut.

Ketiga-tiga mereka berada di dalam kereta ketika ditembak dalam kejadian kira-kira 7.30 malam.

Difahamkan, mangsa keempat merupakan seorang wanita, yang cedera parah juga akibat ditembak dan kini dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan. – Sarawakvoice

Leave a Reply