Gaharu Sarawak boleh hasilkan pulangan jutaan ringgit – Awang Tengah

KUCHING: Spesies kayu gaharu dari Sarawak dikenal pasti sebagai tumbuhan yang mampu menjadi komoditi perdagangan yang amat mahal dan boleh memberikan pulangan lumayan kepada pengusahanya, kata Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, berdasarkan pengalamannya sendiri, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memintanya untuk mendapatkan gaharu Sarawak, bagi dijadikan cenderamata kepada para tetamu dari negara Arab.

“Gaharu dari negeri ini amat berkualiti dan kalangan kenamaan Arab ini amat menghargainya,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Non-Timber Forest Products (NTFP) Heart of Borneo di Tebingan Kuching, hari ini.

awang-ntfp02

Awang Tengah menjelaskan, sejak tahun 2002 hingga 2008, Malaysia telah mengeskport sejumlah 1.37 juta kilogram gaharu dalam bentuk ‘chips’ dan ‘block’ ke seluruh dunia.

“Ia menghasilkan pulangan berjumlah lebih RM482 juta,” katanya.

 

Pada masa yang sama, sejumlah 161,485 kilogram habuk dan hampas gaharu turut dieksport dan membawa pulangan sebanyak RM565,198.

“Untuk minyak gaharu pula, daripada sebanyak 829 liter yang dieksport, nilai jualannya mencecah lebih RM24 juta,” jelasnya lagi.

Oleh keadaan inilah katanya, maka perusahaan perladangan kayu karas yang menghasilkan gaharu kini mula berkembang pesat di Semenanjung Malaysia dan menerusi usaha penyelidikan dan pembangunan, beliau yakin Sarawak juga boleh membangunkan aktiviti perladangan serupa.

dd262b2c-0559-403b-a353-607178fd4846

Tegasnya, dalam konteks dunia yang semakin moden ini, Sarawak dengan kekayaan biodiversitinya harus mengambil peluang untuk menjadi negeri pengeluar pelbagai produk herba dan rempah ratus, yang ternyata semakin menjadi pilihan masyarakat dunia.

“Malah kegunaannya boleh dipelbagaikan kerana produk seperti ini bebas kimia, asli dan eksotik – sesuai dengan keterujaan masyarakat dunia untuk ‘back to nature’.

“Dan hari ini herba digunakan secara meluas, terutamanya dalam penghasilan produk dalam industri makanan dan minuman kesihatan, farmaseutikal, ubatan tradisional dan produk penjagaan kesihatan.

“Ia juga digunakan sebagai perisa, pewarna dan pewangi untuk pengheluaran minyak pati bagi kegunaan kosmetik tempatan.

Kerana itu kata Awang Tengah lagi, pengusaha tempatan perlu merebut potensi ini sebagai sumber pendapatan tambahan sambil membantu menjadikan Malaysia sebagai negara yang bersaing dalam pengeluaran produk herba.

Antara produk hutan Malaysia yang kini cukup terkenal ialah Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan rotan. – Sarawakvoice

4ea06e00-8c59-45f7-9409-028a390def47

Leave a Reply