RMK11: Kerajaan Pusat lulus 527 projek, Kerajaan Negeri lulus 909 projek

KUCHING: Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Kai berkata sebanyak 527 projek di bawah Kerajaan Persekutuan diluluskan untuk dilaksana di Sarawak bagi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

Berucap menggulung perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, Wong berkata sehingga 31 Oktober lalu, 48 projek telah siap, manakala 90.9 peratus iaitu sebanyak 479 projek lagi masih pada peringkat pelaksanaan.

Perbelanjaan terkumpul bagi projek Kerajaan Persekutuan ialah RM2.108 bilion atau 50.9 peratus daripada RM4.144 bilion yang sudah diluluskan.

Manakala, menyentuh berkaitan projek pembiayaan Kerajaan Negeri di bawah RMK11, Wong berkata, terdapat 909 projek bernilai RM20.0 bilion.

Daripada keseluruhan projek, sebanyak 67 projek telah disiapkan, sementara baki 374 projek lagi masih dilaksanakan. – Sarawakvoice

Leave a Reply