Penjara sebulan: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Tian Chua

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua kerana didapati bersalah tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) di sini, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh hakim Mahkamah Sesyen pada 23 Jan 2014.

Dalam penghakimannya Nordin berkata alasan hakim Mahkamah Sesyen ketika menjatuhkan hukuman terhadap Tian Chua pada dua tahun lepas adalah sah.

Leave a Reply