KUALA LUMPUR:  Menjelang perhimpunan Agung UMNO semalam, Presidennya,  Datuk Seri Najib Tun Razak  mengingatkan anggota UMNO supaya sentiasa memelihara kepentingan rakyat dan mengukuhkan perpaduan dalam parti.

Perhimpunan Agung UMNO 2016  yang berlangsung selama lima hari bermula semalam melibatkan 5,732 perwakilan.

“Insya-Allah, perjuangan murni UMNO ini akan terus dirahmati Allah SWT!,” kata Perdana Menteri dalam catatan Facebooknya.

Najib berkata peringatan itu sentiasa disebutkan dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO saban tahun.

Beliau yakin melalui pegangan itu, UMNO mempunyai motivasi kuat untuk terus memimpin negara ke arah kejayaan.

Perdana Menteri  turut memuat naik video ucapannya pada perhimpunan sebelum ini, yang antaranya menyentuh aspek perpaduan dan ketabahan parti menghadapi cabaran.

Video itu berdurasi tiga minit lima puluh saat. – Sarawakvoice

Leave a Reply