VERBANIA: Apakah rahsia umur panjang? Melakukan senaman, kurang makan kuih dan telur, cukup tidur atau apa?

Bagi Emma Morano, wanita paling tua hidup di muka bumi pada hari ini, rahsianya ialah makan telur dan kuih.

Dia menjadi wanita tertua di dunia pada bulan Mei setelah Susannah Mushatt Jones meninggal pada usia 116.

Jadi, siapa kata makan telur itu tidak bagus?

Wanita Itali  yang dilahirkan pada 1899 meraikan  hari jadi ke-117 Selasa lalu dan kelihatan bersemangat.

“Saya senang telah berusia 117 tahun,” Morano dipetik sebagai berkata.

Dia menerima beberapa kuih dan doa daripada wali kota dan  Presiden Itali.

Morano merupakan orang hidup terakhir yang lahir pada abad ke-19.

Seperti dipetik The Guardian Morano mengaitkan umurnya yang panjang dengan diet yang tidak biasa:

“Saya makan dua biji telur sehari dan hanya itu. Dan kuih. Tapi saya tidak makan banyak kerana saya tidak ada gigi.”

The Guardian melaporkan tunang Morano meninggal di Perang Dunia Pertama dan dia kemudian dipaksa untuk menikah dengan seorang suami kasar yang tidak dia sukai.

“Entah anda setuju untuk menikah atau aku akan membunuhmu.’ Saya waktu itu berusia 26. Kami menikah,” kata wanita itu mengimbas balik.

Pasangan itu memiliki seorang anak lelaki yang meninggal ketika masih bayi dan Morano meninggalkan suaminya tidak lama setelah itu, pada tahun 1938.

Kini  Morano tuli total dan mengalami masalah penglihatan. – Sarawakvoice

Leave a Reply