KUCHING: Kerajaan Persekutuan menyokong padu usaha Kerajaan Negeri menaik taraf 194 sekolah daif di luar bandar.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Hajah Fatimah Abdullah Kerajaan Negeri membelanjakan RM21 juta bagi membaik pulih 72 sekolah.

Sementara, bagi memberi laluan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, murid-murid 16 sekolah dan enam tadika yang terjejas dipindahkan ke pusat pendidikan berhampiran.

Bahkan, bagi sekolah terjejas seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buda Syarikat Lebuh Raya Borneo Utara menyediakan peruntukan RM3 juta membina sekolah melalui projek gantian.

Bagi projek gantian lain melibatkan SK Tanjong, perunding projek dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2015 dan kini dalam proses penyediaan reka bentuk.

Sementara itu, kerajaan dalam cadangan membina Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Semadoh di Ba’kelalan, SMK Melekun di Pelagus dan SMK Kabong di Kabong untuk kelulusan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Kerajaan setakat ini sudah meluluskan pembinaan SMK Selangau, SK Tellian, SK Sri Sadong, SMK Serian No.2 di Bukit Semuja, SK Semarang, SK Tambak, SMK Balingian.

Sebahagian sekolah berkenaan dalam proses pembinaan dan ada yang hampir siap.

Bagi sekolah yang dibaik pulih dan ada yang dinaik taraf ialah SK Sungai Liu, SK Kampung Seberang, SK Kalok, Beting Maro, SK Tabut di Engkilili, SK Serdeng dan SK Abang Amin di Semop, SK Issu/Bangat, SK Kem Skrang, SK Engkilili No.1, SK Ridan dan SK Ijok.

Sekolah sedang dibaik pulih lain ialah SK Ja’ie di Sadong Jaya serta SK Batu Danau, SK Pengkalan Jawa, SK Ng. Medamit, SK Menuang, SK Kuala Medalam dan SK Ulu Lubai di Batu Danau.

Sekolah lain yang diubah suai dan naik taraf ialah SK Maludam dan SK Sembayang di Lingga, SK Kampung Baru dan SK Ulu Yong di Pelagus, dan SK Abang Abdul Rahman, Saratok di Kalaka.

Sebahagian sekolah berkenaan sedang dalam proses naik taraf atau ubah suai dan ada yang sudah hampir siap. – Sarawakvoice

Leave a Reply