KUCHING: Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) Kerajaan Negeri memperuntukkan RM141.8 juta bagi membangunkan lapan taman perindustrian baharu di Sarawak.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, taman industri dalam pelaksanaan terletak di Demak Laut, Kapit dan Marudi.

Sementara, bagi tapak industri baharu yang dicadangkan di Bau, Sri Aman, Lundu, Betong dan Sebuyau, pihak Jabatan Tanah Survei dalam proses mengambil tanah.

Di Sibu, Taman Perindustrian Sibu dibangunkan di tanah seluas 150 ekar yang sedang dalam proses pengambilan tanah.

Dalam ucapan penggulungan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin Tengah berkata, “selain menyediakan premis perniagaan kepada usahawan, Kerajaan Negeri juga membangun taman perindustrian itu bagi memenuhi keperluan pelabur dan SME tempatan memperbesar perniagaan,” katanya.

Untuk Miri, Tengah berkata projek Pusat Bio-Tech terletak di Kampus Curtin University yang siap penghujung 2017membantu menyokong pembangunan SME dalam pembangunan produk baharu.

Di samping itu, Tengah berkata Unit Pembangunan Tenaga Kerja di Jabatan Ketua Menteri bersama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) melaksanakan inisiatif Sains, Teknology, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Inisiatif ini bertujuan menyediakan modal insan mencukupi dari pelajar aliran sains sebagai sumber tenaga bidang industri pada masa depan. – Sarawakvoice

Leave a Reply