Pesawat terhempas di Colombia, 81 hilang termasuk skuad bola sepak Liga Divisyen Satu Brazil

COLOMBIA: Sebuah pesawat sewaan dengan 81 penumpang, termasuk pasukan bola sepak Divisyen Satu Brazil yang sedang menuju ke Colombia untuk aksi perlawanan akhir satu kejohanan wilayah terhempas dalam perjalanan ke Lapangan Antarabangsa Medellin, lapor Associated Press.

Menurut pihak berkuasa penerbangan, terdapat laporan bahawa sekurang-kurangnya enam mangsa terselamat.

Datuk Bandar Medellin, Federico Gutierrez Gutierrez memberitahu Blu Radio bahawa ia merupakan tragedi yang besar.

Beliau dihubungi ketika dalam perjalanan menuju ke kawasan pergunungan di luar kota, lokasi pesawat itu dipercayai terhempas.

Menurut pihak berkuasa, pesawat British Aerospace 146 jarak dekat tersebut dikendalikan oleh sebuah syarikat sewaan pesawat Bolivia, Lamia.

Juruterbang membuat pengumuman kecemasan pada jam 10 malam pada Isnin (0300 GMT) bahawa mereka berhadapan kegagalan enjin.

Pihak berkuasa dan pasukan penyelamat kemudian diaktifkan tetapi bantuan helikopter terpaksa kembali ke pangkalan berikutan jarak penglihatan yang rendah.

Pesawat tersebut sebelum itu dikatakan behenti di Santa Cruz, Bolivia untuk membawa pasukan dari selatan Brazil itu, Chapecoense.

Pasukan itu dijadual bermain pada Rabu ini dalam aksi pertama perlawanan akhir timbal balik Copa Sudamericana menentang Atletico Nacional of Medellin.

Ketika tragedi, pesawat itu membawa 72 penumpang dan sembilan krew penerbangan, kata pihak berkuasa.

Radio tempatan berkata, persawat yang sama membawa pasukan bola sepak kebangsaan Argentina dalam perlawnan awal bulan ini di Brazil.

Satu rakaman video dalam laman facebook pasukan menunjukkan anggota pasukan berada dalam penerbangan itu, pada awal Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Paulo’s Guarulhos

Pasukan itu yang berasal daripada kota kecil Chapeco, menyertai Divisyen Satu Brazil pada 2014 untuk kali pertama sejak 1970-an dan layak ke akhir Copa Sudamericana minggu lalu selepas menumpaskan pasukan legenda Argentina, San Lorenzo. – Sarawakvoice

Leave a Reply