KUCHING: Keperluan menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar di bawah Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di seluruh Sarawak memerlukan pruntukan RM8 bilion keseluruhannya.

Setakat ini, Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) meluluskan peruntukan RM1.355 bilion bagi pelaksanaan projek berkenaan.

Sementara, untuk kerja penyambungan grid sebanyak RM850 juta diperuntukkan daripada kos tersebut.

Peruntukan RM505 juta lagi merupakan sistem alternatif di bawah program solar hybrid (SARES).

Menurut Menteri Kemudahan Awam, Dato Sri Stephen Rundi Utom dalam ucapan penggulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkata 7 kerja penyambungan grid dengan kos RM850 juta itu memberi manfaat kepada 14,020 isi rumah.

Di bawah program solar hybrid, lima projek dalam proses pelaksanaan memberi manfaat kepada 2,469 isi rumah.

Menurut Rundi, bagi projek solar hybrid dilaksanakan di Long Urun termasuk Ulu Sungai Linau.

Fasa pertama projek BELB bermula Mei 2016 memberi manfaat kepada 58 kampung dengan 1,439 isi rumah.

Rundi bagaimanapun menjelaskan terdapat beberapa kawasan di Sarawak tidak dapat disalurkan dengan kemudahan BELB kerana tidak mempunyai akses jalan raya sempurna.

Manakala, terdapat beberapa lagi kawasan di Sarawak diletakkan untuk fasa berikut bagi  kerja penyambungan grid di bawah projek lampu jalan kampung. – Sarawakvoice

Leave a Reply