Fidel Castro, Prime Minister of Cuba, smokes a cigar during his meeting with two U.S. senators, the first to visit Castro's Cuba, in Havana, Cuba, Sept. 29, 1974. (AP Photo)

HAVANA: Pemimpin revolusi Cuba, Fidel Casto yang meninggal dunia pada Jumaat lepas, semasa hayatnya, pernah cuba dibunuh oleh Central Intelligence Agency (CIA) Amerika Syarikat (AS) sebanyak 638 kali.

Namun, tuah masih menyebelahi Castro selepas  semua percubaan tersebut gagal.

Salah satu pembunuhan oleh CIA terhadap Castro yang paling terkenal ialah memasukkan pil beracun ke dalam minuman susu coklatnya pada 1963.

Kisah cubaan bunuh ini pernah diterbitkan oleh Reuters pada 2007.

Bahkan, usaha CIA ini pernah didokumentasikan Escalante dalam buku berisi 167 plot melawan Castro.

Percubaan meracuni Castro berlaku di tempat persembunyiannya di sebuah kantin di Havana Libre Hotel.

Pegawai keselamatan Cuba yang berpencen memberitahu Reuters dalam wawancara Sabtu lepas, “Ketika itu, CIA mahu membunuh Fidel.”

Menurutnya, Castro yang merebut kuasa dalam revolusi 1959 mengubah Cuba menjadi negara komunis.

Escalante mengatakan, Castro selamat dari ratusan usaha membunuhnya termasuk memasukkan granat di dalam keretanya pada tragedi di stadium besbol.

CIA juga pernah meletakkan pisau di dalam jubah palsu untuk membunuh Castro.

Menurut Escalante, bahan peledak pernah dimasukkan ke dalam cerut Castro semasa dia memancing di kolam pancing kegemarannya di Cuba.

Pada 1960, CIA cuba menyelit serbuk kimia di dalam kasut Castro yag dapat mengganggunya semasa berucap pada sidang PBB, namun usaha tersebut gagal.

Pada acara di PBB itu CIA turut merancang memasukkan bahan narkotik ke dalam cerut, agar Castro ketawa terbahak-bahak semasa diwawancara stesen televisyen.

CIA minggu lalu mengaku wujudnya perancangan membunuh Castro secara peribadi yang dipersetujui mantan Pengarah CIA, Kennedy Allen Dulles. – Sarawakvoice

Leave a Reply