JAKARTA: Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi,  mengambil keputusan untuk membatalkan perjalanan ke Indonesia,  semalam.

Pembatalan itu susulan tunjuk perasaan  di Indonesia terhadap  kerajaan Myanmar pimpinan Suu Kyi atas kekejaman  terhadap etnik minoriti Rohingya.

Tunjuk perasaan juga tercetus di Malaysia, Bangladesh dan Thailand.

Ratusan kanak-kanak, wanita, lelaki dan orang tua terkorban menyebabkan Indonesia, negara Islam terbesar  itu marah.

Di Jakarta, polis Indonesia telah menahan sejumlah terduga pengganas ISIS yang merancang akan meledakkan bom di beberapa lokasi, termasuk Kedutaan Besar Myanmar di Indonesia.

Imej satelit daripada Human Right Watch  (HRW) menunjukkan, desa di wilayah sekitar Maungdaw dibakar.

Sebanyak 30,000 telah melarikan diri ke sempadan sejak beberapa bulan lalu bagi mengelak daripada ditembak, dikelar leher, dibakar dan diperkosa.

Bagaimanapun, kerajaan  menafikan bahawa tentera Myanmar telah memperkosa wanita serta membakar rumah dan masjid etnik  Rohingya.

Suu Kyi dikecam kerana langsung mendiamkan diri   ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) menyifatkan kejadian berkenaan sebagai proses pembersihan etnik.

Wartawan asing dan penyiasat bebas dilarang masuk ke Myanmar untuk membuat pengesahan.

Etnik  minoriti Rohingya yang beragama Islam menjadi kaum minoriti dan tidak diiktiraf  di Myanmar.

Jumlah mereka dianggarkan 1.3 juta.

Mereka  tidak mendapat jaminan kesihatan, pendidikan serta pergerakan mereka selalu disekat. – Sarawakvoice

Leave a Reply