Tukulkan isteri, potong lapan tubuhnya demi sertai pesta seks Thailand

BAVARIA: Lelaki Jerman, Horst Koenig, 53 sanggup membunuh dan memotong lapan tubuh isterinya rakyat Filipina, selepas isterinya menghalang dia menyertai pesta seks di Thailand.

Koening, pakar komputer mengaku memukul isterinya Grace, 37 dengan tukul seberat dua kilogram semasa dia lena tidur.

tukul-isteri-01

Tidak cukup dengan itu, Koening memotong tubuh Grace kemudian dengan gergaji elektrik.

Sebelum membunuh Grace, Koenig menyewa bangunan di Augsburg, Bavaria.

Di bangunan tersebut dia menempatkan komputer serta menyembunyikan jasad isterinya.

Detektif menemui tubuh mangsa yang mulai membusuk.

Koenig merancang pembunuhann tersebut, beberapa hari sebelum kejadian dengan membeli tukul, pita pelekat serta plastik sampah.

Selepas membunuh isterinya, Koenig mengambil duit dari akaun banknya dan terbang ke Thailand lima minggu berfoya-foya dengan pekerja seks.

tukul-isteri-00

Koenig pulang ke Jerman apabila visanya tamat sehingga dia ditangkap polis.

Koenig dalam sidang mahkamah di Augsburg mengaku bersalah melakukan pembunuhan ngeri tersebut menurut laporan IB Times.

Mahkamah mengenakan hukuman penjara seumur hidup ke atas Koenig. – Sarawakvoice