Lelaki M’sia kahwini ular tedung, fi’il mirip arwah kekasih?

KUALA LUMPUR: Abu Zarin Hussin, 31, anggota bomba Malaysia seorang Muslim, amat terkejut membaca kisah keistimewaannya yang boleh menjinakkan ular digosip dan dipadankan oleh media antarabangsa dengan kisah hidup lelaki Buddha Thailand yang mengahwini ular.

Kisah lelaki Thailand itu didakwa mengahwini ular peliharaannya kerana percaya ular tersebut merupakan jelmaan semula teman wanitanya yang sudah meninggal, berdasarkan beberapa persamaan pada kedua-duanya.

Abu Zarin petugas di balai bomba Temerloh dikaitkan secara rambang oleh media antarabangsa dengan lelaki terbabit untuk dipaparkan dalam portal seluruh dunia termasuk tabloid British, The Daily Mirror dan The Daily Mail menurut laporan BBC pada Sabtu.

screen-shot-2016-11-20-at-5-13-27-pm

Akhbar berkenaan memadankan kisah aneh lelaki Thailand berkenaan dengan foto milik Abu Zarin yang menjinakkan ular peliharaannya.

Star terbitan Malaysia melaporkan Abu Zarin sangat terkejut menerima berita tersebut pada minggu lepas, menegaskan sama sekali tidak pernah berkahwin dengan reptilia terbabit.

The Star Online pada Khamis melaporkan, Abu Zarin berkata, “saya hanya ingin menyatakan kekecewaan saya terhadap sikap segelintir wartawan asing yang jelas bertindak melanggar etika kewartawanan menyiarkan berita, terutama kerana gambar itu jelas diambil dari akaun Facebook saya.”

Berita BBC melaporkan, penulis sumber kedua berita tersebut yang dikesan bernama Nick York dari pejabat berita foto Exclusivepix telah menjual berita tersebut kepada Daily Mirror Online.

Nick mengaku memperoleh maklumat daripada wartawan Britain di Thailand yang pertama kali menerbitkan berita itu.

Berita di Daily Mirror terbitan 10 November, yang dikutip oleh Daily Mail keesokan harinya meletakkan beberapa foto milik Abu Zarin yang diambil dari Facebooknya.

Daily Mirror menyebut dia (sebagai lelaki Thailand) menghabiskan hidupnya dengan seekor tedung sepanjang sekitar tiga meter yang diyakini sebagai insan yang dicintai dan sudah meninggal.

screen-shot-2016-11-20-at-5-12-02-pm

Kisah itu menyamakan kisah hidup “seorang yang lain” di Thailand yang percaya dengan “kelahiran semula”, sebagaimana kepercayaan anutan seorang Buddha.

Abu Zarin mengaku dia memang selalu bekerja bersama ular dan melatih rakan ahli bomba yang lain kaedah menangani dan menyelamatkan ular.

Dia mengaku memelihara ular sebagai sebahagian daripada peranannya dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Abu Zarin menjalankan latihan menangkap ular untuk anggota bomba yang sering dipanggil oleh orang ramai untuk menangkap ular, sama ada di rumah atau tempat awam.

Abu Zarin berkata dia akan melepaskan ular lama ke dalam hutan apabila mendapat ular yang baru.

Kini Abu Zarin memiliki empat ekor ular di bawah jagaannya, menurut The Star.

“Saya berlatih dengan ular pada 2007. Minat saya daripada bapa saya, yang merupakan penjinak ular,” akui Abu Zarin.

Abu Zarin sudah beristeri dan tiada kaitan dengan kisah lelaki Thailand yang kematian kekasihnya itu. – Sarawakvoice