Johari gesa beri projek kepada kontraktor yang patuhi piawaian CIDB

KUCHING: Pelaksanaan CITP yang berteraskan piawaian sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (Qlassic) serta sistem penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam pembinaan (Shassic) memberi manfaat kepada semua pihak termasuk pengguna.

Pembaikan amalan melalui Qlassic serta Shassic mampu memberi nilai tambah kepada projek yang dimajukan, selain meningkatkan aspek keselamatan dan kualiti dalam industri pembinaan dan perumahan.

abg-jo-cidb02

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perumahan dan Urbanisasi Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kementerian Perumahan Dan Urbanisasi (MHU) bersama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di Kuching dalam kerjasama pelaksanaan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP).  

Abang Johari berkata MHU melalui tiga agensi iaitu Perbadanan Pembangunan Perumahan, Perbadanan Pembangunan Borneo (Sarawak) Sdn Bhd dan Daya Builders sdh Bhd komited membina rumah yang bermutu, kondusif dan selamat dibina untuk rakyat. 

Beliau menambah, “selain itu, kami juga mengawal selia pemaju swasta melalui Ordinan dan Peraturan kami dan melindungi pembeli rumah melalui Tribunal Tuntutan Pembeli perumahan.”

Bercakap selepas selesai majlis tersebut, Abang Johari juga menggesa pihak berwewenang sesebuah projek memberi keutamaan kepada kontraktor dan pemaju yang mematuhi standard piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia diberi keutamaan memaju dan melaksanakan projek kerajaan dan sektor swasta. 

“Pengakuan dan pengiktirafan perlu ada oleh kontraktor dan pemaju yang mematuhi standard yang ditetapkan oleh CIDB dan Kementerian Kerja Raya,” ujar Abang Johari.

“Mereka yang menggunakan pendekatan yang baru, terutama sistem Industrialised Building System (IBS), pasti diberi keutamaan,” tambah beliau lagi.

Abang Johari berjanji mengimplemantasikan hal itu dengan Kementerian Perumahan dan Urbanisasi memberi keutamaan kepada kontraktor dan pemaju yang mempunyai sijil melaksanakan projek di kementerian tersebut. – Sarawakvoice