Lelaki curi organ manusia di Bau: Dua pengguna facebook dinasihat serah diri – Dev

KUCHING: Polis Sarawak hari ini meminta pengguna akaun facebook yang dikenali sebagai Marcello Michell dan Puan Ivy Michele supaya tampil menyerah diri kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau pada kadar segera.

Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar berkata,  ini bagi membantu siasatan berhubung muat naik satu status berita yang menjadi viral dan mendatangkan ketidaktenteraman kepada pengguna media sosial di seluruh negara.

37a7241b-4589-4e4b-9659-a1b293da4bf1

TERKINI: Dua wanita penyebar maklumat facebook palsu “dua lelaki dibunuh dengan organ dilarikan” ditahan polis selepas serah diri di IPD Bau

“Pengguna akaun terbabit didapati telah menyebarkan maklumat kononnya seseorang telah ditangkap di Kampung Daun, Singai, Bau kerana menyebabkan kematian kepada dua individu.

“Mayat mereka kononnya telah ditemui dan organ dalaman mereka dilarikan.

Tulis pengguna facebook itu lagi, tiga lagi lelaki masih bebas dan mereka berkeliaran di sekitar Kuching dengan van putih bercermin gelap untuk memburu mangsa.

“Gambar dua mayat turut dilampirkan bagi menggambarkan keadaan mangsa

Tegas Dev, berita itu adalah palsu dan sengaja direka oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Tidak ada kejadian seumpama itu yang dilaporkan di Bau atau di seluruh Sarawak.

“Oleh itu, penyebar berita ini boleh disiasat di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, tindakan siasatan ini diambil berikutan dua laporan polis yang diterima berhubung isu tersebut semalam.

“Oleh itu kita menasihatkan pengguna media sosial agar tidak menyebarkan sebarang khabar angin atau maklumat palsu yang tidak disahkan, hingga boleh mendatangkan kerisauan orang ramai.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang berkaitan.

“Mereka akan ditangkap dan dituduh di mahkamah,” tegasnya. – Sarawakvoice