Pelajar cantik dirogol, disula lembing hingga mati oleh penagih dadah

BUENOS AIRES: Pelajar cantik berusia 16 tahun diberi kokain terlebih dos oleh dua lelaki pengedar dadah lalu khayal.

29a0d1c4-a61c-40da-bc11-b515bdbb2af6Dia kemudian diperkosa sebelum disula dengan lembing sehingga membawa kepada serangan jantung lalu mati.

Lucia Perez dari Mar del Plata, mati pada 8 Oktober lalu selepas dibawa ke hospital oleh dua lelaki yang menyulanya mendakwa dia mengambil dadah berlebihan.

Namun, doktor mendapati berlaku keganasan seksual dan siasatan polis mengesan perbuatan jenayah dua pengedar dadah berkenaan.

Menurut polis, mangsa serta seorang rakan berjumpa dua lelaki tersebut, Matias Farias, 23 dan Juan Pablo Offidiani, 41 sehari sebelum kematiannya untuk membeli marijuana.

Namun, dua lekaki berkenaan menawarkannya  kokain berlebihan sebelum memperkosanya secara bergilir.

AFP melaporkan, ketua pendakwa raya, Maria Isabel Sanchez, yang tidak dapat melindungi kemarahannya berkata: “Saya sedar tidak wajar (sebagai pendakwa raya) untuk berkata, namun saya juga ibu dan wanita.

“Sepanjang kerjaya ini, saya sudah melihat ribuan kes, termasuk kes kejam, namun tiada yang sekejam ini.”

Tragedi tersebut mencetuskan kemarahan rakyat Argentina dengan pertubuhan wanita mengancam melakukan mogok di seluruh negara.

Beberapa bantahan melibatkan pembunuhan wanita diadakan di negara itu sebelum ini.

Tahun lalu, rakyat membantah pembunuhan guru tadika yang dikelar leher oleh suaminya di dalam kelas dan remaja 14 tahun dibelasah hingga mati oleh teman lelakinya kerana hamil. – Sarawakvoice