Wikileaks bocor e-mel rahsia Hillary; ancam nuklear China, jatuhkan Syria, sekongkol ISIS

LONDON: Salah satu e-mel yang dibocorkan laman pencetus whistleblower terkemuka, Wikileaks minggu lepas menunjukkan calon presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton, 68, pernah mengancam menghala senjata ke arah China.

Ancaman itu menggertak China jika ia tidak mampu menjinakkan Korea Utara daripada meneruskan cita-cita menghasilkan senjata nuklear.

Reuters pada Sabtu lepas melaporkan  ancaman itu dilontarkan oleh Hillary dalam sebuah ceramah komersial kepada pegawai perbankan Goldman Sachs sekitar tiga tahun lalu.

Menurut e-mel tersebut, Hillary yang tidak lagi menjawat jawatan menteri luar pada 4 Jun 2013 berkata Washington tidak dapat menerima cita-cita Korea Utara membangunkan peluru berpandu yang mampu membawa nuklear.

China selama ini geram dengan rancangan AS menempatkan sistem pertahanan anti-rudal Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) di Korea Selatan.

Sebelum ini, peneraju Wikileaks Juliana Assange mengaku menyimpan lebih 2,000 e-mel melibatkan ketua pasukan kempen calon presiden AS, John Podesta yang ditulis sejak 2008-2016 dan mahu membocornya.

WikiLeaks pernah menyebut Hillary mahu  Presiden Syria Bashar al Assad digulingkan demi melindungi Israel.

WikiLeaks membocorkan e-mel itu ketika Hillary bertanding melawan saingannya mewakili Parti Demokrat Bernie Sanders untuk calon presiden AS.

“Cara terbaik menolong Israel dari meningkatnya kekuatan nuklear Iran adalah dengan menolong rakyat Syria menggulingkan rejim Assad,” Sputnik pernah menyiarkan maklumat bocoran Wikileaks pada hujung Mac lepas.

Menurut e-mel tersebut, Hillary melihat hubungan strategis Iran dengan rejim Assad sebagai ancaman bagi keselamatan Israel.

Menjatuhkan Assad juga didakwa bukan setakat hadiah besar bagi keamanan Israel, tetapi juga mengurangkan kebimbangan Israel kehilangan monopoli nuklear.

Wikileaks turut membocorkan bukti yang menunjukkan wujudnya hubungan yang terjalin antara calon presiden AS, Hillary Clinton dengan organisasi teroris ISIS.

Laman sesawang “The Political Insider” melaporkan menurut Assange, Hillary tidak hanya mempunyai hubungan dengan para teroris, bahkan ia turut terlibat dalam menghantar senjata buatan AS kepada para teroris, ketika beliau menjawat jawatan Menteri Luar.

Hillary Clinton dikatakan menghantar senjata ke Qatar untuk dihantar kepada pemberontak Libya bagi menggulingkan mantan Presiden Muammar Qadafi. – Sarawakvoice