Klinik mandul haiwan atasi peningkatan kelahiran kucing, anjing terbiar di S’wak

KUCHING: Kesedaran semakin meningkat perihal pentingnya mengasi atau mengembiri haiwan demi mengatasi pertambahan jumlah haiwan terbiar di Sarawak.

screen-shot-2016-10-19-at-8-15-19-amPersatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) menggesa Kerajaan Negeri menyokong usahanya mewujudkan klinik mengasi kos rendah bertujuan mengurangkan peningkatan haiwan terbiar di negeri ini.

Kaedah ini sekali gus membantu mencegah sebarang tindakan kejam terhadap haiwan seperti kucing dan anjing.

Presiden SSPCA Datin Dona Drury Wee berkata, “kita berjumpa dengan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Jabatan Veterinar Sarawak bagi membincangkan isu ini.”

Selaras dengan usaha SSPCA mempromosikan program “Capture, Neuter, Vaccinate and Return” (CNVR), pihak majlis tempatan mula menyedari pentingnya kaedah mengasi tersebut.

SSPCA juga mengadakan seminar pendidikan bagi menyedarkan masyarakat keberkesanan program tersebut.

Menurut Dona, SSPCA mengunjungi Politeknik Matang membantu mengatasi masalah anjing terbiar di kawasan mereka.

SSPCA turut mengadakan seminar pendidikan memberi penerangan berkaitan program CNVR kepada pelajar Politeknik selain beberapa kawasan termasuk tapak pembinaan Galacity.

Dona berkata SSPCA turut mengemukakan kertas cadangan kepada Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan kawasan Perumahan Kastam yang turut berdepan masalah anjing terbiar. – Sarawakvoice