Hotel moden, 175 bilik rancakkan SCORE di Taman Perindustrian Samalaju

SAMALAJU: Taman Perindustrian Samalaju (SIP) seluas 70,000 kilometer persegi dengan penduduk melebihi 600,000 orang bakal menjadi kawasan utara Sarawak yang membangun dengan tarikan pelaburan yang tinggi.

Projek pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang tertumpu di SIP mempunyai potensi besar menjadikan kawasan ini termoden dan termaju pada masa akan datang.

tun-taib-samalaju_0002

Kini, dengan siapnya Samalaju Resort Hotel  20 Disember 2014 yang menyediakan pelbagai kemudahan serba moden dengan 175 bilik penginapan.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, “perasmian Samalaju Resort Hotel yang kita saksikan hari ini merupakan petanda baik dan berlaku tepat pada masanya bagi menarik lebih ramai pelabur luar negara menginap di tempat yang eksklusif di sini.”

Menurut Taib pada Majlis Perasmian Samalaju Resort Hotel di Samalaju pada Selasa, kemudahan penginapan yang selesa serta bertaraf bintang di situ, mampu menjadikan urusan rundingan pelaburan lebih lancar serta menarik.

Beliau juga berharap masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan industri itu turut mendapat manfaat seperti mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan.

tun-taib-samalaju_0001

Aset pelaburan yang tinggi serta kerancakan sektor industri di SIP turut membantu mengubah landskap sosioekonomi Sarawak.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan CMS Dato Richard Curtis berkata pentingnya menjaga hubungan dasar luar negara dengan faktor pelaburan, maka Samalaju Resort Hotel siap dibina sepanjang tempoh 14 bulan sahaja.

Menurut Richard, sebelum siapnya penginapan berkenaan, pada 2012 dan 2013 banyak pelabur luar kurang selesa menjalankan urusan di situ kerana tidak mempunyai tempat penginapan yang selesa.

Penginapan eksklusif itu terletak di Tanjong Similajau yang menghidangkan panorama indah antara Laut China Selatan dengan Taman Negara Similajau.

Pelbagai kemudahan disediakan di hotel tersebut antaranya pusat perniagaan, dobi, pusat niaga, kafetaria, kolam renang, surau, bilik gym, kamera litar tertutup (CCTV), wifi, kafetaria dan hiburan.

Perjalanan dari Bintulu untuk ke Samalaju Resort Hotel menaiki kenderaan mengambil masa sejam, sementara dari Miri pula lebih kurang dua jam. – Sarawakvoice