Gempa 6.5 skala Richter gegar laut, 750km dari barat daya Tebedu

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi berkekuatab 6.3 skala Richter menggegarkan Laut Jawa, Indonesia sekitar jam 8.25 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataannya pagi tadi berkata, pusat gempa dilaporkan terletak di 149 kilometer di Timur Laut Bekasi di Indonesia dan 750 kilometer dari Barat Daya Tebedu, Sarawak.

Bagaimanapun, gempa tersebut tidak menyebabkan sebarang amaran tsunami dikeluarkan.

Pihak berkuasa masih memantau keadaan. – Sarawakvoice

4ce1ba0e-8d00-451d-b382-f97417273d87