Banyak bangunan sekolah di Sarawak, Sabah perlu selenggaraan

KUALA LUMPUR: Banyak bangunan sekolah di Sarawak dan Sabah yang terjejas akibat dimamah waktu, kini memerlukan penambahbaikan dan penyelengaraan segera.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berharap kerajaan dapat menambah peruntukan bagi menyelenggara bangunan sekolah di seluruh negara termasuk di Sarawak dan Sabah dalam Bajet 2017 demi keselesaan dan keselamatan guru serta pelajar.

“Kami mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah, kami dapati terdapat bangunan sekolah lama perlu diselenggarakan terutama sistem pendawaian bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti kebakaran,” memetik kenyataan Kamarozaman kepada Bernama.

Terdapat juga sekolah terutama sekolah asrama harian dan asrama penuh yang menghadapi masalah bekalan air.

Ujar Kamarozaman lagi, meskipun kini kerajaan melaksanakan langkah penjimatan, penyelenggaraan seperti ini memerlukan penyelesaian segera.

Hal ini demi mengelak pelan pendidikan yang dirancang oleh kementerian dan sesi pendidikan di sekolah terganggu. – Sarawakvoice

sekolah-daif