My KEMPEN: Perangi Dadah Habis-Habisan di Jeti Kampung Lintang

KUCHING: Cabaran memerangi dadah yang paling jelas ialah faktor internet yang mengandungi banyak bahan tidak sesuai dan mudah diakses oleh golongan muda.

“Saya juga sedar ubat-ubatan mudah dibawa masuk ke negeri ini dari luar Sarawak,” kata Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Hasidah bercakap pada majlis penutupan My KEMPEN: Perangi Dadah Habis-Habisan di Jeti Kampung Lintang yang disempurnakan Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah.

“Saya amat berharap penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan di kawasan kita, ” kata Hasidah.

Hasidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Samariang mengatakan banyak kempen antidadah diadakan pada masa lalu, tetapi rendah penyertaannya dari golongan kumpulan sasaran.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi), Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Lo Khere Chiang.

Dalam program kali ini, Hasidah gembira kerana ia disertai ramai peserta yang menunjukkan semakin ramai menyedari bahaya dadah terhadap generasi, masyarakat dan negara. – Sarawakvoice