Lelaki gila seks, pernah rogol lembu kini rogol nenek, 98 dan anak berusia 2 tahun

MURANG’A: Lelaki Kenya bernama Samuel Thiong’o yang pernah melakukan seks dengan lembu, kini sanggup pula merogol neneknya sendiri yang berusia 98 tahun dan anak jirannya berumur 2 tahun.

Thiong’o, 36, ayah kepada seorang anak, sebelum ini dipenjara selepas merogol lembu sekitar 500 meter dari rumah neneknya di perkampungan Gacharage di Mathioya, Murang’a pada 2013 kemudian dibebaskan pada 2015.

Beberapa bulan selepas dibebaskan dari penjara, tidak cukup lembu, dia beraksi merogol neneknya sendiri.

Menurut Nairobi News Thiong’o menyerang neneknya 12 Oktober lalu sekitar 7 malam ketika neneknya berehat di katil.

Sepupunya bernama Stephen Macharia, 19, terdengar jeritan warga emas itu ketika sedang melalui rumahnya.

Macharia mendekati rumah yang berkunci dari dalam itu, lalu nekad memecah masuk dan mendapati sepupunya sedang berbogel.

Menyedari kehadiran Macharia, Thiong’o lalu menumbuknya sehingga pengsan.

Thiong’o yang sedang mabuk seks itu membuat onar seterusnya, dia memasuki rumah jirannya yang ketika itu tinggal dua beradik berusia 11 tahun dan 2 tahun,.

Ibu mereka sedang menghantar teh ke pusat pengumpulan.

Ketika si kakak berusia 11 tahun melarikan diri, Thiongo menangkap dan melarikan anak berusia dua tahun itu ke ladang berhampiran, kemudian merogolnya dengan kejam di atas tanah sebelum melarikan diri.

Si kakak segera meminta pertolongan jiran mereka sehingga adik malangnya itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan segera dikejarkan ke hospital oleh ibu bapanya.

Berkaitan nasib si nenek tadi, sebaik sahaja Macharia sedar dari pengsan akibat tumbukan Thiongo, dia mendapati neneknya masih dalam keadaan terkejut di atas katil.

Polis Nyakianga berjaya menahan suspek selepas operasi memburunya dijalankan.

Bagaimanapun, ramai bimbang dengan budaya rogol yang tidak ditangani secara serius di Kenya.

Ada kemungkinan Thingo’o dikenakan penjara ringan kerana merogol nenek dan kanak-kanak berbanding hukuman kerana merogol lembu. – Sarawakvoice