Kampung Bako dilanda air pasang besar, 7 rumah terjejas

KUCHING: Penduduk di Kampung Bako dekat sini mengalami situasi banjir kilat petang semalam berikutan fenomena air pasang besar, yang sehingga melimpahi tebing kampung tersebut.

Menurut Ketua Bomba Zon Kuching, Tiong Ling Hii, air pasang besar tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh buah rumah terjejas, dengan air naik sehingga dua kaki di dalam rumah

“Air pasang besar pada petang ini (semalam) berlaku sekitar jam 6.55 petang tadi dengan ketinggian diramalkan 5.3 meter dan akan pasang sekali lagi pada pagi esok (hari ini) dengan ketinggian 5.5 meter.

“Air mula naik sekitar jam 4 petang,” katanya kepada sarawakvoice.com, sambil tidak faktor hujan yang turun agak lebat sejak awal petang..

Jelas Tiong, ketika ini, pasukan Bomba Sukarela dari Bako Indah sedang memantau situasi tersebut.

“Bomba Kuching kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan,” katanya.