Batu permata RM680 juta dijumpai di Myanmar

KACHIN: Batu permata setinggi 4.3 meter dan selebar 5.8 meter, dianggar bernilai AS$170 juta (RM680 juta) ditemui di lombong permata di Kachin, utara Myanmar.

14695387_1770801083161982_1746698352197251373_n

Myanmar terkenal sebagai negara asal hampir semua bagi batu permata terbaik di dunia.

Industri permata menyumbang hampir 50 peratus daripada KDNK negara Asia Tenggara.

Pasaran terbesar permata Myanmar ialah China.

International Business Times (IBT) pada Selasa melaporkan Sao Min, 44, pelombong merupakan sebahagian daripada kumpulan yang menjumpai batu tersebut.

“Kami fikir memenangi loteri. Tetapi ini milik negara. Ia sebagai penghormatan kepada pemimpin kita,” kata Sao.

Daily Mail menulis, U Tint Soe, ahli politik tempatan berkata, “ia petanda yang sangat baik untuk kita,” .

Bagaimanapun, Mirror memberi komen dalam talian mengatakan, “ia bukan jed terbesar kerana pemegang rekod jed terbesar ialah patung jed yang diukir di Jade Buddha Palace di China seberat 260 tan.”

Jed tersebut dihantar ke China, dengan jangkaan ia dipotong menjadi kepingan untuk menghasilkan barang kemas dan ukiran.

Meskipun batu permata menyumbang kepada ekonomi Myanmar, namun menurut Straitstimes pekerja lombong terdedah kepada risiko tanah runtuh.

Pada 2015, lebih 100 orang terbunuh akibat terperangkap dalam tanah runtuh di Kachin. – Sarawakvoice