Banteras aktiviti dadah di kampung tebing sungai demi tarik pelancong masuk

KUCHING: Keadaan yang tidak stabil berpunca daripada dadah menyebabkan si bapa atau si suami boleh bertindak di luar kawalan sehingga mendatangkan keganasan terhadap orang yang tersayang.

fatimah-kempen-dadah_0000

“Melalui kementerian saya, kami mendapati ramai wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa keganasan rumah tangga didera oleh lelaki yang menyalahgunakan dadah,” kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah pada majlis penutupan My KEMPEN: Perangi Dadah Habis Habisan di Jeti Kampung Lintang.

Tegas Fatimah, walaupun pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap penagih dadah, kementeriannya masih bertanggungjawab terhadap mangsa si penagih dadah.

Justeru, beliau berharap kementerian beliau dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sedia bekerjasama menganjurkan kempen berkesan dan melibatkan diri dalam memerangi dadah habis-habis.

Sementara, pada majlis tersebut Fatimah membaca teks Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

“Seperti kita semua tahu, kampung tepi sungai kita adalah tempat menarik, pelancong domestik dan antarabangsa berkeliaran di sekitar semasa lawatan mereka,” kata Abang Johari

Beliau menambah, “bayangkan jika mana-mana kampung kita disenarai hitam kerana penyalahgunaan dadah kritikal, pelancong dan orang yang kita sendiri tidak berani melawat tempat ini.”

Jadi, tiada perkara baik datang di kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan di sesebuah kawasan, selagi penyalahgunaan dadah kekal bertapak di kawasan terbabit.

Demi pembangunan masyarakat, generasi muda perlu disedarkan agar tidak terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Saya berharap pemimpin masyarakat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil ini sebagai peluang membantu memerangi penyalahgunaan dadah di negara kita,” kata Abang Johari.

Beliau menggesa masyarakat kampung tebing sungai terus mengadakan program yang sama seperti ini untuk mematahkan sebarang aktiviti dadah di kawasan terbabit. – Sarawakvoice