Isteri cedera, lemaskan suami selepas terkejut lihat “anaconda” suaminya

ZANZIBAR: Bulan madu suami-isteri yang sepatutnya memberi kebahagian buat bertukar kecoh dan tragis.

Si isteri sanggup mencederakan suaminya gara-gara wanita berkenaan terkejut melihat alat sulitnya yang disifatkan terlalu besar seperti mentimun.

screen-shot-2016-10-16-at-9-03-54-amWanita terbabit terkejut selepas pertama kali melihat alat sulit suaminya ketika berbulan madu sanggup memukul kepala Mnombo Madyibi, 32 dengan botol arak mengakibatkan kecederaan.

Menurut laporan Daily Star, wanita tersebut menggambarkan zakar suaminya seolah-olah panjang seperti mentimun, berbulu dan menakutkan seperti “semak”.

Madyibi, yang digelar sebagai “anaconda”’ oleh rakan pasukan bola sepaknya yang pernah terlihat alat sulitnya di bilik persalinan berkata, hubungan intim suami-isteri itu mulanya baik pada malam itu.

Namun menurut Madyibi, isterinya trauma dan ketakutan selepas dia menanggalkan seluar dalamnya.

“Dia memukul saya dengan botol arak dan cuba melemaskan saya menggunakan anak patung beruang merah dan putih yang dihadiahkan saya kepadanya,” katanya.

Jeritan isteri Madyibi yang “terkejut” melihat alat sulit suaminya itu turut didengar oleh tetamu lain yang menginap di hotel berkenaan.

Madyibi bagaimanapun turut mencari alasan lain juga sebagai punca tindakan isterinya itu, “saya rasa dia marah kerana saya hanya membawanya berbulan madu di tempat murah dan bukan seperti yang diidamkannya di Zanzibar,” kata Madyibi.

Sementara wanita terbabit yang pertama kali berjumpa suaminya di gereja tahun lepas memberitahu Daily Sun bahawa: “Dia (Madyibi) mempunyai saiz zakar besar, berbulu, panjang seperti mentimun dan menyeramkan.”

“Saya hanya menampar pipinya,” dakwanya.

Pasangan terbabit bersetuju menghadiri kaunseling bagi mengatasi “masalah” yang timbul.

“Saya hanya pernah mendengar tentang pembesaran saiz zakar dan bukan mengecutkannya,” tambah Madyibi. – Sarawakvoice