UiTM ubah landskap sosioekonomi negara

SHAH ALAM:  Perdana Menteri menyifatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang  banyak mengubah lanskap sosioekonomi negara khususnya kepada orang Melayu dan bumiputera.

screen-shot-2016-10-14-at-16-31-57

“Akses kepada pendidikan merupakan antara kayu pengukur bagi sebuah negara maju dan UiTM beri sumbangan besar dalam aspek itu dengan 661,456 graduan telah berjaya dilahirkan institusi keramat ini,” katana.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 UiTM di sini Jumaat.

Ketika merasmikan Majlis Kemuncak Ulang Tahun UiTM Ke-60 di sini hari ini, Perdana Menteri berkata penubuhan institusi yang bermula sebagai sebuah Dewan Latehan RIDA  sejak 60 tahun lepas juga memberi kesan besar dalam empat objektif penubuhan sebuah universiti.

Beliau berkata, universiti itu telah menyumbang kepada mobiliti sosial dan keadilan sosial negara yang menyaksikan nasib masyarakat terutama golongan Melayu dan Bumiputera kini mampu keluar daripada kemiskinan selain membina masyarakat yang adil tanpa mengira bangsa

Najib berkata, dari segi pendidikan berkualiti, UiTM merupakan antara penyumbang tertinggi dari segi kebolehpasaran graduan.

“Saya juga telah lawat banyak negara dan Malaysia merupakan antara negara terbaik di dunia dari segi mobiliti sosial.

Selain akan terus memberikan sokongan terhadap pembangunan UiTM,  Najib menegaskan universiti itu berjaya merealisasikan matlamat keseimbangan serta perkongsian peluang yang adil di negara ini. – Sarawakvoice