Berlaku di Jasin Melaka dan Haryana India; dua pelajar lelaki merogol di sekolah

KUALA LUMPUR: Pelajar rogol pelajar di sekolah, kisah yang hampir sama berlaku di dua tempat berbeza.

Kes pertama berkaitan pelajar perempuan berusia 13 tahun dirogol di bilik stor sekolah oleh dua pelajar senior di Jasin Melaka.

Manakala kes kedua, berlaku di utara India, dua pelajar lelaki merogol pelajar berusia 15 tahun di bilik kelas terkunci.

Di Jasin, The Star melaporkan, serangan seksual berlaku terhadap pelajar Tingkatan Satu, sekitar 2.30 petang di bilik stor sekolah.

Mangsa diheret ke bilik stor oleh kedua-dua pelajar senior berusia 14 dan 15 tahun berkenaan lalu dibogel kemudian dirogol.

Dua pelajar berkenaan melarikan diri apabila aksi mereka disedari oleh kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan berkenaan yang terdengar teriakan mangsa.

Di hadapan pengetua, mangsa menceritakan hal yang berlaku terhadapnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim mengesahkan pihaknya menahan dua suspek pelajar bagi membantu siasatan.

Sementara kes kedua berlaku di desa terpencil di Bhiwani, Haryana, utara India, pelajar perempuan berusia 15 tahun diperkosa oleh dua pelajar lelaki di bilik kelas yang dikunci oleh suspek.

Awalnya mangsa menyembunyikan rahsia tersebut daripada ibu bapa dan pihak sekolah.

Namun, rahsianya pecah apabila dia hamil tujuh bulan.

Mangsa mengaku diserang sejam di ruang kelas yang dikunci oleh suspek.

Menurut mangsa, awalnya dia mencari kapur di ruang kelas, dua pelajar lelaki menyerangnya dan salah seorang mengancam membunuhnya jika membocorkan jenayah tersebut.

Ayah kepada pelajar malang itu berkata, “Siapa yang akan menikahinya sekarang? Dia mungkin tidak mendapatkan pekerjaan jika orang mengetahu kisahnya.

Saya hanya berharap dia tidak diejek oleh masyarakat. Hal yang terjadi bukan salahnya; dia adalah mangsa,” kata ibu mangsa seperti dilaporkan Daily Mail, 30 September lepas.

“Saya benar-benar hancur. Saya tidak percaya itu. Saya merasa hidup dan masa depannya berakhir,” keluh ibu mangsa.

Si ibu mengaku mereka sekeluarga terkejut dan suram mendengar kes mangsa yang bercita-cita menjadi doktor itu.

Menurut pegawai polis setempat, Suman Rani, tertuduh pertama sudah ditangkap hujung Ogos lepas.

Manakala, suspek kedua masih dikesan.

Kini, pelajar terbabit hamil 31 minggu dan si ayah mengaku semangatnya jatuh dan sangat terkejut mendengar berita tersebut. – Sarawakvoice