Kenangan manis di bumi Rio

Rio De Janeiro telah menjadi saksi kepada bermulanya kejayaan Malaysia di pentas sukan dunia dimana atlet olimpik Malaysia berjaya membawa balik 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Kejayaan tersebut telah disumbangkan melalui acara badminton dan acara terjun bagi pingat perak dan acara lumba basikal bagi pingat gangsa.

Penyumbang pingat perak ialah menerusi Datuk Lee Chong Wei bagi acara perseorangan lelaki, beregu lelaki menerusi Goh Vi Shem dan Tan Wee Kiong , beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying dan acara terjun menerusi pasangan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong dan pingat gangsa telah disumbangkan menerusi Azizulhasni Awang melalui acara keirin lumba basikal.

14195211_1325260650834771_5610616324607691093_o

Walaupun tidak berjaya merangkul pingat emas, tetapi mereka tetap berjaya mencipta kejayaan dan kejutan di pentas Olimpik berikutan olimpik Rio merupakan penyertaan yang terbaik yang disertai oleh Kontinjen Malaysia sepanjang penyertaan Malaysia dalam temasya olimpik.

Sukan Paralimpik di Rio yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada 18 September setelah bermula secara rasminya pada 7 September yang lalu. Temasya sukan tersebut telah memberikan sinar kejayaan kepada Malaysia dalam bidang sukan dan bumi Rio De Janeiro telah menjadi saksi kepada kejayaan Malaysia itu.

Hal ini kerana, harapan rakyat Malaysia ingin mendengar lagu Negaraku berkumandang dan menyaksikan kibaran Jalur Gemilang di bumi Rio telah tercapai berikutan kejayaan atlet Malaysia berjaya mencipta sejarah dengan memberikan kilauan emas kepada Malaysia.

Bahkan, lagu Negaraku bukan sahaja berkumandang di Rio sebanyak sekali , tetapi sebanyak tiga kali lagu kebangsaan dimainkan berikutan Kontinjen Malaysia berjaya memperoleh tiga pingat emas dan satu pingat gangsa.

Kejayaan yang dirangkul oleh atlet Malaysia ini merupakan kejayaan yang luar biasa dan rekod Malaysia yang paling cemerlang setelah temasya tersebut berada dalam edisi ke 15.  Kejayaan tersebut akan menjadi kenangan manis buat rakyat Malaysia dan akan terus dikenang buat selamanya.

Disamping berjaya mencipta sejarah buat rakyat Malaysia dengan memberikan kilauan pingat emas, bahkan mereka juga turut mencipta sejarah dengan berjaya mencipta rekod bagi acara masing-masing. Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menyumbangkan pingat emas pertama bagi acara 100m T36 mencatat masa 12.07 saat dan sekaligus berjaya memadamkan rekod  Sukan Paralimpik 12.25saat milik Roman Pavlyk dari Ukraine.

Selepas itu diiiringi pula, Muhammad Ziyad Zolkefli mencipta rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru dengan lontaran 16.84m dan sekaligus merangkul pingat ke dua Negara dan Abdul Latif Romly berjaya menuai pingat emas ketiga Malaysia setelah menciptakan rekod dunia dengan jarak lompatan 7.60m.

Walaupun hanya merangkul pingat gangsa, tetapi Siti Noor Radiah Ismail berjaya dengan lompatan rekod baru Para Asia dengan lompatan sejauh 5.20m dan memadam rekod lama iaitu sejauh 5.10m.

Mereka juga telah membuktikan bahawa mereka juga setaraf dengan atlet biasa yang mampu mencipta kejayaan di pentas antarabangsa. Dengan kejayaan itu telah melatakkan Malaysia berada di kedudukan 36 daripada 170 negara yang menyertai temasya Paralimpik Rio.

Dengan kejayaan ini juga telah membuktikan bahawa kekurangan yang dimiliki bukanlah satu penghalang kepada mereka untuk mencipta sejarah dan kejayaan tetapi semangat kesukanan yang dimiliki disamping usaha untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menjadi kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan.

Bahkan , diharapkan menjadi motivasi dan titik semangat kepada atlet biasa yang bakal beraksi di pentas Olimpik Tokyo 2020 kelak. – Sarawakvoice