Tabung Haji dan Jemaah Malaysia

Sejak daripada 18 September yang lalu, jemaah haji Malaysia mula kembali ke tanah air secara berperingkat selepas selesai melakukan ibadah haji. Seramai 22230 rakyat Malaysia yang bertuah telah mendapat “lambaian kaabah” untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Seramai 440 jemaah haji pertama Malaysia telah kembali ke tanah air setelah berada di Tanah Suci sejak 4 Ogos yang lalu dan diiringi pula dengan kumpulan seterusnya yang bakal tiba kelak.

Tabung Haji sememangnya telah berjaya membuktikan bahawa mereka merupakan agensi terbaik dalam menguruskan kebajikan dan keselamatan para jemaah sepanjang mereka berada di Arab Saudi. Diiringi pula dengan bantuan dan kerjasama daripada jemaah Malaysia juga menjadi penyumbang kepada kejayaan Tabung Haji dalam menguruskan kebajikan mereka.

Walaupun berdepan dengan syarat baru oleh Kerajaan Arab Saudi yang mahu memastikan perjalanan haji ini berjalan lancar namun ia tidak menjadi penghalang kepada Tabung Haji untuk bergelar Agensi terbaik dalam pengurusan haji.

Kejayaan ini dapat disaksikan usaha Tabung Haji untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka bagi memastikan para jemaah dapat menunaikan ibadah haji dengan selesa. Hal ini dapat dibuktikan melalui aktiviti wukuf di Arafah dan melontar jamrah di Mina.

Tabung Haji telah menambahbaik perkhidmatan mereka bagi memastikan para jemaah dapat melakukan wukuf dengan selesa dan mengeluarkan masa yang sesuai bagi untuk melontar jamrah ketika para jemaah berada di Mina. Tambahan pula, klinik yang menempatkan Pegawai Perubatan dan Jururawat beroperasi 24 jam sehari bagi memastikan tahap kesihatan para jemaah Malaysia sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

Bahkan sebelum mereka berada di tanah suci, para jemaah telah diajar dan diberikan kursus haji sebelum mereka menunaikan ibadah haji . Hal ini kerana supaya para haji mendapat pencerahan mengenai ibadah haji yang bakal dilakukan oleh mereka dan pihak Tabung Haji juga berkongsi pengalaman mereka kepada bakal jemaah mengenai pengalaman mereka sepanjang mereka mengurus kebajikan para jemaah pada tahun sebelumnya dan para jemaah dapat mengambil ikhtibar dan nasihat yang diberikan oleh pegawai tabung Haji sebelum mereka berangkat ke tanah suci.

Oleh itu, penulis berharap bahawa tabung haji akan terus maju kehadapan dan berusaha dari semasa ke semasa dan berdoa supaya urusan mereka menjaga kebajikan para jemaah dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

Disamping itu juga, penulis berharap dan berdoa juga supaya seramai 3 juta umat islam dari seluruh dunia yang menunaikan haji dan khususnya kepada 22230 para jemaah haji Malaysia mendapat haji yang mabrur dan diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mereka menunaikan rukun islam yang terakhir tersebut. Semoga Allah S.W.T melindungi mereka supaya mereka selamat kembali ke Tanah Air masing-masing. – Sarawakvoice