Didoakan Malaysia akan terus mangsang

Pada setiap tahun , Malaysia sememangnya akan menyambut hari Malaysia pada 16 September 1963.

Tarikh tersebut menjadi tarikh keramat bagi memperingati penubuhan gagasan Persekutuan Malaysia yang merangkumi empat buah negara, iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak , Sabah dan Singapura.

Namun Singapura  berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Pembentukan Malaysia telah mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan hal ini kerana ia melibatkan kaum-kaum yang mendiami negara-negara yang terlibat dalam gagasan Malaysia.

Tambahan pula, penyatuan beberapa negara yang bersetuju untuk membentuk sebuah negara Persekutuan Malaysia boleh diambil iktibar, simbolik ataupun pengajaran kepada rakyat di Negara ini untuk bersatu padu.

Hal ini kerana, ia membantu menyamakan semua kedudukan rakyat di negara ini tanpa mengira kaum,bangsa, warna  kulit ataupun agama dan selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri.

Tambahan pula,  rakyat Malaysia telah bersatu padu dan menggemblengkan tenaga untuk mencapai perpaduan yang mantap, dan perpaduan yang dicapai telah memberikan keamanan yang dinikmati oleh penduduk Malaysia khususnya di Sarawak.

Di samping itu juga,ia  telah membuktikan bahawa 1 Malaysia telah berjaya diamalkan di Malaysia.

Dalam hal ini dapat disaksikan dalam aspek sukan kerana sukan membantu mengeratkan tali persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia, walaupun berjuang mengikut kontinjen masing-masing tetapi persaudaraan tidak dapat diputuskan.

Hal ini dapat disaksikan ratusan ribu penduduk Malaysia telah memenuhi ruangan stadium ataupun venue perlawanan pada temasya Sukan Malaysia yang baru berlangsung di Sarawak.

Temasya tersebut telah berlangsung dengan jayanya berikutan rakyat Malaysia secara amnya telah bersatu dan “sejiwa senada” bagi memastikan temasya tersebut Berjaya dilangsungkan.

Diiringi pula  perjuangan kontinjen Malaysia yang berjaya merangkul empat pingat perak dan satu  pingat gangsa dan tiga pingat emas dan satu pingat gangsa pada temasya Olimpik dan paralimpik di Rio baru-baru ini dilihat telah berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia bagi memberikan sokongan kepada kontinjen Malaysia yang berjuang di Rio.

Pujian turut diberikan kepada media massa yang membuat liputan di Rio kerana telah membuatkan rakyat Malaysia telah “sehati sejiwa” mendoakan atlet Malaysia.

Pujian juga turut diberikan kepada pengusaha warung, kedai kopi mahupun restoran yang membuka siaran langsung membabitkan atlet Malaysia kerana membantu menyatu padu dan mengeratkan hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia.

Dengan berlangsungnya Hari Malaysia pada tahun ini, diharapkan Malaysia akan terus maju ke hadapan , diiringi pula dengan perpaduan di Malaysia akan bertambah kukuh pada masa akan datang. – Sarawakvoice