Empat anjing jiran kategori bahaya, bunuh dan baham 70 peratus jasad warga emas

JACKSONVILLE: Ketika tuannya tiada di rumah, empat ekor anjingnya naik minyak lalu membaham warga emas sehingga maut.

Jasad Michael Downing, 83 diheret sehingga bersebelahan tapak sampah yang terletak di antara rumahnya dengan rumah jiran, 4 dinihari pada Jumaat.

Dogs-are-believed-to-have-killed-a-Jacksonville-man-last-week (1)

Tubuh mangsa hanya tinggal sepertiga sehingga sukar dicam.

Seperti dikutip Metro pada Jumaat lepas, jiran lain mangsa bernama Mackenzie Partin menganggap ini hal terburuk yang pernah dilihatnya sepanjang hidup.

“Hanya 30 peratus badannya yang tinggal,” kata Partin.

Polis menjangka Downing diseret ke taman oleh sekumpulan anjing rottweiler Jerman dan anjing jenis chow chow itu dari pagar sebelah.

Downing yang lemah kerap berkerusi roda, tidak upaya diperlakukan seperti boneka oleh anjing-anjing tersebut.

Pemilik keempat anjing kacukan tersebut, Lephus Fenton tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Anjing-anjing miliknya itu dalam proses untuk diletakkan di bawah kategori haiwan berbahaya oleh badan Perlindungan Penjagaan Haiwan Jacksonville. – Sarawakvoice.com

Dogs-are-believed-to-have-killed-a-Jacksonville-man-last-week (2)