Muhyiddin daftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia petang ini

KUALA LUMPUR: Penubuhan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu akan menjadi realiti hari ini.

13872934_1042435505835008_8951112264218029886_nBekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden protem Parti Pribumi Bersatu Malaysia dijangka akan menyerahkan borang pendaftaran parti baharu ini pada jam 3.30 petang di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Bangunan Chancery Place, Jalan Diplomatik 2, Presint Diplomatik, Putrajaya.

Perkara ini disahkan oleh pegawai khas Tan Sri Muhyiddin ketika dihubungi Sarawakvoice.com malam tadi.

Menurutnya, parti tersebut akan menyerahkan semua dokumen yang dikehendaki bagi membolehkan pendaftarannya sebagai sebuah parti diproses secepat mungkin.

Pada bulan lalu, Tun Mahathir telah mengadakan beberapa pertemuan, termasuk pimpinan pembangkang dalam Pakatan Harapan bagi menjayakan penubuhan parti baharu ini.

Ia merupakan usaha terkini untuk menumbangkan rejim Najib, selain usaha jerayawara Deklarasi Rakyat yang dilaksanakan di seluruh negara. – Sarawakvoice.com