Penyelesaian terbaik perlu dicari elak krisis berlarutan di Terengganu

KUALA LUMPUR: Kemelut politik di Terengganu tidak boleh dibiarkan berlarutan bagi mengelak ketidakstabilan politik berlaku sehingga boleh menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Kita mahu elak sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan sehingga terpaksa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Langkah segera perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat,” kata Ketua Pemuda Umno.

Krisis itu timbul semula selepas  mantan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman saling menyerang.

Khairy Jamaluddin berkata,  presiden parti sedang berusaha mencari jalan penyelesaian berhubung krisis politik berkenaan dan diharapkan wakil bersesuaian dihantar untuk bertemu Ahmad Said bagi membincangkan masalah terbabit.

“Puncanya ada kaitan dengan bekas MB dan saya harap ada usaha untuk jumpa Ahmad Said dari mana-mana wakil bersesuaian untuk berbincang,” kata Khairy di sini semalam.

Dengan Barisan Nasional hanya menguasai 17 kerusi, Pas 14 dan PKR 1 kerusi, segala kemungkinan boleh berlaku, termasuk BN mengadakan pilihan raya negeri mengejut. – Sarawakvoice.com