Polis trafik cedera dirempuh pemandu wanita

MIRI: Seorang anggota polis trafik cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika mengiringi urus setia pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) dari venue pertandingan di Stadium Tertutup Miri menuju ke hotel penginapan.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang tadi, Lans Koperal Mohd. Nur Iman Ngarif, 24, yang dipinjamkan daripada IPD Kunak, Sabah sedang memberhentikan kenderaan dari laluan Jalan Merbau dekat sini, bagi memberi laluan kepada konvoi urus setia SUKMA XVIII sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan Toyota Avanza, yang dipandu oleh seorang wanita berusia 49 tahun.

polis 2

Pemandu itu dikatakan terkejut dengan kehadiran polis trafik terbabit dan gagal mengawal kenderaan.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa terhumban ke tengah jalan, dengan mukanya tertungkup ke bawah.

Orang ramai yang melihat kejadian pantas membantu mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kanan badan dan mulut.

“ Beliau bernasib baik kerana dilindungi jaket dan topi keledar,” kata seorang saksi yang enggan dikenali.

Mangsa yang juga sedikit terkejut, kemudian dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan susulan.

Berdasarkan pemeriksaan awal, rempuhan tersebut menyebabkan motosikal mangsa mengalami kerosakan pada beberapa bahagian.

SUKMA XVIII membuka tirai di Stadium Tertutup dekat sini untuk acara karate. – Sarawakvoice.com

polis polis 3