Pertikaian Laut China Selatan: Malaysia perlu minimumkan risiko berbalah dengan China

KUALA LUMPUR: Memandangkan China merupakan rakan perdagangan dan ekonomi negara, Malaysia perlu meminimumkan risiko berbalah dengan negara itu, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming

Dr. Ong Kian MingSebaliknya,  kata Kian Ming, Malaysia perlu meneruskan rundingan dua hala dengan China mengenai kawasan pertikaian di Laut China Selatan.

“Malaysia juga harus terus berunding bagi mempercepat pencapaian Kod Tatalaku (COC) yang teguh dengan China dan negara-negara ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, jika Malaysia menggunakan timbang tara antarabangsa bagi menyelesaikan pertikaian maritim dengan China di kawasan Laut China Selatan, ia perlu  dijalankan secara strategik selepas mempertimbangkan semua alternatif.

Kian Ming turut menjelaskan bahawa keputusan tribunal berkenaan boleh digunakan oleh Malaysia bagi mengukuhkan tuntutan terhadap kawasan lain di Laut China Selatan seperti Beting Serupai (James Shoal) yang terletak hanya 80 km sebelah barat laut dari Bintulu.

Kelmarin, Mahkamah Tetap Timbang Tara di The Hague, Belanda memutuskan China tidak mempunyai hak tuntutan berdasarkan sejarah terhadap kawasan perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Mahkamah itu memutuskan China tidak mempunyai hak mengikut sejarah terhadap perairan yang kaya dengan sumber itu.

Filipina menyifatkan keputusan itu  sebagai satu kemenangan baginya.

Panel hakim Mahkamah Timbang Tara Tetap yang memihak kepada Filipina memutuskan tiada asas undang-undang untuk China menuntut sumber asli di kawasan dipertikaikan berdasarkan hak sejarah dalam Sembilan Garisan Putus membabitkan majoriti kawasan di Laut China Selatan.

China yang memboikot perbicaraan itu sejak tahun lalu menyifatkan keputusan  itu sebagai keputusan sepihak sahaja. – Sarawakvoice.com