Pembunuhan kejam ahli politik perlu diambil tindakan tegas – PAS Sarawak

MIRI: Pembunuhan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Miri amat mengejutkan ramai pihak.

Bill Kayong, Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, telah ditembak pada kira-kira 9 pagi tadi ketika beliau berhenti di persimpangan yang sibuk di hadapan pusat komersial E-Mart di Senadin.

PAS mengesa pihak polis agar dapat menyiasat punca kes pembunuhan ini berlaku ke atas ahli politik. Kes tembak dan lari pernah berlaku sebelum ini di bandar raya Miri dan sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Tindakan tegas seharusnya diambil ke atas mereka yang melakukannya dan mereka yang mengupah pembunuhan kejam ini.

Sebelum ini mangsa pernah membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 lalu di Parlimen Sibuti.

Beliau merupakan seorang pejuang yang komited untuk memperjuangkan hak Bumiputera di Sarawak.

Kita kehilangan seorang rakan seperjuangan yang komited dalam memperjuangkan hak Bumiputera Sarawak.

PAS Sarawak merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa.

Semoga mereka bersabar dan menghadapi ujian yang berat ini dengan tabah. Kita berharap pembunuh tersebut berjaya ditangkap dan dibawa ke muka keadilan untuk dihukum dengan sewajarnya.