Komitmen Najib bantu Kelantan

KUALA KRAI: Perdana Menteri berkata meskipun Kelantan diperintah pembangkang, kerajaan persekutuan tetap bersedia membantu mangsa banjir  yang kehilangan rumah dengan membina rumah kekal berharga RM65,000.

Malah, kata  Datuk Seri Najib Razak, Kerajaan Persekutuan sanggup mengubah dasarnya demi membantu rakyat Kelantan yang mengalami penderitaan dalam kejadian banjir  pada 2014 lalu.

Justeru, tuduhan pihak tertentu bahawa kerajaan BN menganaktirikan Kelantan adalah tidak berasas, kerana hakikatnya pelbagai bentuk bantuan telah dihulurkan kepada rakyat negeri itu.

Kerajaan Persekutuan dipertanggungjawabkan untuk membina 1,804 buah rumah. Sebanyak 844 buah rumah telah siap,  manakala 243 masih dalam pembinaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan memberi komitmen untuk  untuk menyiapkan rumah berkenaan sebelum akhir tahun ini.

Najib berkata demikian ketika berucap pada pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di Tapak Maju Ternak, Kampung Staponal, Batu Jong di sini, semalam.

13432329_692638320877263_801426500867718260_n

Perdana Menteri berkata,  oleh sebab tanah menjadi masalah untuk pembinaan rumah tersebut, kerajaan persekutuan sanggup membeli tanah milik individu dan swasta.

Kata Najib: “Kelewatan menyiapkan rumah kekal kepada mangsa banjir berpunca daripada masalah pemilikan tanah sebagai tapak rumah tersebut sehingga kerajaan terpaksa membeli tanah individu dan swasta.”

Pada majlis itu, seramai 31 keluarga mangsa banjir di Jajahan Kuala Krai menerima rumah kekal mereka

Perdana Menteri tiba di sini semalam untuk lawatan kerja sehari ke Kelantan.

Sejurus tiba pada 3.45 petang, perdana menteri menghadiri majlis penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di Kampung Staponal, Batu Jong.

Najib  turut melawat tapak hospital baharu Kuala Krai di Kampung Pahi di sini.

Selepas itu, beliau menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan berbuka puasa serta menunaikan solat Tarawih di Kompleks Umno Uthmaniyah di Pasir Puteh. – Sarawakvoice.com

13458692_981409668644011_7787745519314482549_o